Assalamualaikum semua...
Cuba teka apa yang akan
saya tulis untuk entri kali ini. Cara membuat pisang goreng? Salah. Sila cuba lagi.
Hehehe...
Kali ini saya akan
menulis berkaitan dengan hukum D-M. Hukum D-M tu makanan ke? Bukanlah. Hukum
D-M ialah hukum diterangkan-menerangkan. Ish, janganlah kerutkan muka tu. Nanti
cepat tua...
Hukum
D-M ialah unsur yang diterangkan perlu hadir pada kedudukan pertama dan unsur yang
menerangkan perlu hadir pada kedudukan kedua.
Cuba baca situasi A dan B dibawah. Mana satu yang
betul.
Situasi
A
A:
Kak, goreng pisang seringgit.
|
B:
Seringgit ye. Sekejap.
|
Situasi
B
A:
Kak, pisang goreng seringgit.
B:
Seringgit ye. Sekejap.
|
Saya
rasa, ramai yang berkata seperti dalam situasi A kan? Sebenarnya, penggunaan
perkataan ‘goreng pisang’ dalam situasi di atas adalah salah. Hal ini kerana,
perkataan ‘goreng’ merupakan kata kerja. Jadi, ‘goreng pisang’ merujuk orang
yang menggoreng pisang. Perkataan yang sesuai ialah ‘pisang goreng’. ‘Pisang
goreng’ pula merujuk kepada makanan iaitu pisang yang telah digoreng. Jadi,
penggunaan bahasa dalam situasi B lah yang tepat.
Begitu
juga dengan perkataan seperti ‘Azie Restoran, Bala Klinik Gigi, dan Mai Salon’.
Perkataan yang sebenarnya ialah ‘Restoran Azie, Klinik Gigi Bala, dan Salon Mai’.
Namun
begitu, terdapat juga kekecualian hukum D-M, iaitu yang menerangkan mendahului
yang diterangkan. Perkara ini berlaku akibat kebiasaan penggunaannya terutama
pada nama jawatan, bilangan dan panggilan.
Nama
Jawatan
·
Perdana Menteri
·
Naib Presiden
·
Ibu Pejabat
Bilangan
·
Sekawan burung
·
Para tetamu
·
Sepuluh buah buku
Nama
panggilan atau gelaran
·
Puan Turia
·
Megat Terawih
·
Si Belang
Semoga kita tidak melakukan
kesilapan hukum D-M ini lagi ye. Sekian. Wassalam.
No comments:
Post a Comment