Assalamualaikum
semua...
Cuba anda perhatikan
gambar yang telah diambil dari tempat menunggu bas KUO di atas. Apa yang anda nampak?
Tak nampak apa-apa? Nampak tajuk sahaja? Baiklah. Sebenarnya dalam gambar
tersebut terdapat dua kesalahan bahasa yang digunakan. Kesalahan pertama ialah “Dari
wanita untuk wanita” dan kesalahan kedua pula ialah “Bus disediakan”. Hari ni
saya hanya akan membincangkan mengenai kesalahan yang pertama sahaja. Kesalahan
yang kedua tu pula akan saya bincangkan pada entri blog yang akan datang ye.
Mengapa ayat ‘Dari wanita untuk wanita’ itu tidak tepat? Hal
ini adalah kerana kata sendi nama ‘dari’ hanya digunakan di hadapan kata nama
atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu. Contohnya:
1.
Kereta itu membelok dari kiri ke kanan.
2.
Awak datang dari mana?
3.
Kerajaan itu terkenal dari kurun ke-18
lagi.
Oleh
itu, penggunaan kata sendi nama ‘dari’ dalam gambar di atas adalah tidak tepat
kerana tidak menunjukkan arah, tempat ataupun masa. Kata sendi nama yang lebih sesuai
digunakan ialah ‘daripada’. Kata sendi nama ‘daripada’ ini pula hadir di
hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan,
benda dan unsur mujarad, sumber atau asal kejadian sesuatu benda, dan perbezaan
atau perbandingan. Contohnya:
1.
Cadangan daripada persatuan kami telah
diterima.
2.
Johan mendapat ilham daripada
pemandangan itu.
3.
Harga baju itu kurang sedikit daripada
harga biasa.
Nampak
remeh kan kesalahan tersebut? Tetapi kesalahan yang remeh inilah yang selalu
dilakukan secara berulang kali oleh masyarakat hari ini. Saya agak sedih
apabila mengenangkan mengenai kesalahan bahasa ini kerana masih terdapat lagi
pelajar yang keliru mengenai penggunaan kata sendi nama ‘dari’ dan ‘daripada’
ini. Walhal jika dilihat, penggunaan perkataan ‘dari’ dan ‘daripada’ ini sangat
ringkas dan mudah.
Oleh
itu, saya berharap agar para pelajar tidak akan mengulangi kesalahan remeh
seperti itu lagi dan segera memperbaiki kesalahan tersebut sekiranya kita sudah
biasa melakukannya. Jika kita tidak memperbetulkannya pada waktu ini, pasti
kita akan terus mengulangi kesalahan tersebut. Sekian. Wassalam.
No comments:
Post a Comment