Assalamualaikum...
Minggu lepas, saya ada
menyatakan untuk menulis mengenai kesalahan yang terdapat dalam sebuah gambar
kan? Ingat lagi tak? Bagusla kalau ingat. Terdapat dua kesalahan bahasa yang digunakan.
Kesalahan pertama ialah “Dari wanita untuk wanita” dan kesalahan kedua pula
ialah “Bus disediakan”. Hari ini saya akan memberikan pandangan saya mengenai
kesalahan kedua tersebut.
Pada pandangan peribadi saya, percampuran kod bahasa
antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris tersebut sepatutnya tidak berlaku
terutama bagi pelajar-pelajar universiti. Penggunaan bahasa sepatutnya diteliti
terlebih dahulu semasa membuat sesuatu banner
kerana banner tersebut akan
digantung di sekitar universiti dan sudah semestinya akan dibaca oleh orang
ramai. Mungkin ada yang terlepas pandang mengenai hal tersebut, tetapi bagi
pelajar bahasa dan pengkaji bahasa, mereka beranggapan bahawa perkara tersebut
sangat memalukan dan menimbulkan rasa kurang senang bagi mereka.
Saya berharap agar perkara seperti ini tidak akan berlaku
lagi. Pastikan dahulu penggunaan bahasa anda sebelum anda mencetak banner atau apa sahaja yang melibatkan
pembacaan orang ramai. Gunalah hanya satu bahasa sahaja agar tiada percampuran
kod bahasa. Sekian sahaja untuk kali ini. Wassalam.
No comments:
Post a Comment