Assalamualaikum...
Sihat tak semua pembaca blog saya ni? Harap-harap sihat
la ye. Erm, anda semua nak tahu, semasa
saya berada dalam kelas kajian manuskrip, saya dapati penggunaan tanda baca
dalam manuskrip-manuskrip lama ini sangat kurang. Ada juga manuskrip yang tiada
tanda baca. Jenuhlah saya dan rakan-rakan cuba membaca dan mengelaskan
ayat-ayat tersebut dalam bentuk ayat lengkap. Jika hasil tulisan pada masa
sekarang, kita mudah untuk membaca sesuatu penulisan itu kerana terdapat tanda
nokhtah yang menandakan pengakhiran sesuatu ayat. Jadi, terlintas dalam fikiran
saya untuk menulis mengenai tanda baca untuk entri blog kali ini. Jom kita
lihat jadual di bawah.
TANDA BACA
|
FUNGSI
|
Titik/Nokhtah (.)
|
1.
Melengkapkan ayat.
·
Abu budak baik.
2.
Kependekan nama.
·
U.T.M
3.
Selepas setiap nombor senarai
tanpa tanda kurung.
·
1. Jangan tidur di dalam surau.
4.
Memisahkan ringgit dan sen.
·
RM 22.50
5.
Menunjukkan tanda perpuluhan.
·
99.9 peratus
6.
Tanda berhenti.
·
Pisahkan.
7.
Menulis tarikh.
·
16.11.1990
|
Koma (,)
|
1.
Tanda berhenti sekejap dalam
penulisan.
·
Untuk berjaya, seseorang itu
perlu gigih berusaha.
2.
Menggantikan kata hubung yang
digugurkan.
·
Beliau mempunyai sikap yang
tegas, berani dan adil.
3.
Menunjukkan angka ribu dan juta.
·
100,000
4.
Memisahkan tempat atau bulan
daripada tahun.
·
Dia tinggal di Kluang, Johor.
5.
Menandakan pengguguran sesuatu
ubsur di dalam ayat.
·
Ayah suka menonton berita, ibu
pula, drama bersiri.
6.
Digunakan selepas penanda wacana
di permulaan ayat.
·
Walau bagaimanapun, dia akan
terus berusaha.
7.
Memisahkan bahagian yang bertentangan
maksudnya dalam satu ayat.
·
Saya menyuruh kamu buat latihan,
bukan buat bising.
|
Sempang (-)
|
1.
Menulis kata ganda.
·
Bukit-bukau
2.
Merangkaikan huruf besar dengan
huruf kecil.
·
anti-Amerika
3.
merangkaikan ke dengan angka.
·
ke-2
4.
menunjukkan tahun dengan akhiran
–an.
·
Tahun 70-an
5.
Menunjukkan perkataan yang
terputus.
·
Dia terkejut apabila diberitahu
bapanya bahawa ibu-
nya pengsan.
|
Titik bertindih (:)
|
1.
Menyenaraikan sesuatu perkara.
·
Para peserta diingatkan supaya
membawa barang-barang ini: pakaian, lampu picit, tuala, dan sabun.
2.
Memisahkan surah dan ayat.
·
Surah 6:18
3.
Menandakan masa
·
Masa terpantas pelari jarak jauh
itu ialah 1:04:43
4.
Menulis nisbah.
·
1:100
|
Koma bertindih (;)
|
1.
Sebagai unsur kaitan antara dua
ayat.
·
Di perpustakaan, Mei Ling membaca
surat khabar; rakan-rakannya membuat ulang kaji.
|
Tanda soal (?)
|
1.
Digunakan pada akhir ayat tanya.
·
Kamu sudah makan?
|
Tanda seru (!)
|
1.
Digunakan pada akhir ayat seru.
·
Wah, cantiknya baju kamu!
2.
Digunakan pada akhir ayat
suruhan, silaan, permintaan dan larangan yang mengundang unsur perasaan,
·
Keluar dari bilik ini!
|
Tanda petik (“...”)
|
1.
Menunjukkan cakap ajuk.
·
Ani berkata kepaa ibunya, “Ibu,
Ani lapar”.
2.
Menonjolkan sesuatu kata atau
frasa dalam ayat.
·
Para remaja suka menggunakan kata
“cun”.
3.
Menunjukkan judul atau tajuk
sesuatu.
·
Sajak “Gadis Kecil” ditulis oleh
Osman Awang.
4.
Menunjukkan kata pinjaman.
·
Gambar itu sudah saya “upload”
dalam blog.
|
Tiga titik (...)
|
1.
Menunjukkan bahagian yang tidak
lengkap atau digugurkan.
·
Pada suatu hari, saya ...
|
Di harap agar kalian semua dapat menggunakan tanda baca
yang betul dalam apa jua bentuk penulisan. Sekian sahaja untuk kali ini.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment