Assalamualaikum
semua...
Alhamdulillah, hari ini saya diberi kesempatan sekali
lagi untuk berkongsi dengan anda mengenai ayat perintah. Saya mendapat ilham
untuk menulis tajuk ini kerana saya ada terbaca satu ayat yang jelas kelihatan
kesalahannya semasa menjamu selera di sebuah restoran makanan segera. Lupa pula
saya nak ambil gambar. Tapi tak mengapa. Saya masih ingat ayat tersebut.
Tolong jangan buang tisu ke dalam
mangkuk tandas.
|
Sebelum
itu, saya akan menerangkan mengenai ayat perintah. Ayat perintah ialah ayat
yang digunakan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Ayat ini
terbahagi kepada 4 iaitu:
1)
Ayat suruhan.
2)
Ayat larangan.
3)
Ayat silaan.
4)
Ayat permintaan.
AYAT SURUHAN
Bertujuan
member perintah atau arahan. Ayat suruhan juga boleh menggunakan partikel –lah untuk melembutkannya di samping
menegaskan predikat. Contoh:
1.
Engkau tunggu dia di sini.
2.
Engkau tunggulah dia di sini.
AYAT LARANGAN
Bertujuan
untuk menegah seseorang melakukan sesuatu. Menggunakan kata larangan seperti jangan, usah, atau tak usah sebelum kata kerja. Boleh juga ditambah dengan partikel –lah untuk melembutkannya. Contoh:
1.
Usah dikenangkan lagi perkara yang lalu.
1.
Usahlah dikenangkan lagi perkara yang
lalu.
Terdapat juga ayat
larangan bersifat umum yang tidak menggunakan kata larangan. Contoh:
1.
Dilarang merokok.
2.
Ditegah berludah di sini.
AYAT SILAAN
Bertujuan
untuk menjemput atau mempersilakan seseorang. Menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput. Ayat boleh dilembutkan dengan penggunaan partikel –lah. Contoh:
1. Sila
datang ke rumah saya.
2. Silalah
datang ke rumah saya,.
AYAT PERMINTAAN
Bertujuan untuk memohon permintaan atau pertolongan.
Menggunakan kata permintaan seperti minta
dan tolong. Contohnya:
1.
Minta kamu semua bertenang.
2.
Tolong hantarkan jawapan sebelum pukul
11.00 pagi.
Ayat
silaan biasanya tidak membawa pengertian yang negatif sebagaimana yang terdapat
dalam jenis ayat larangan. Oleh sebab itu, contoh di bawah dianggap tidak
betul.
1.
*Sila jangan merokok.
2.
*Tolong jangan ambil.
3.
*Minta jangan berludah.
Ayat yang betul ialah:
1.
Jangan merokok.
2.
Jangan ambil.
3.
Jangan berludah.
Ayat
larangan dapat dilembutkan dengan menggunakan perkataan harap pada bahagian hadapannya seperti:
1.
Harap jangan merokok.
2.
Harap jangan ambil.
3.
Harap jangan berludah.
Ha!
Jadi anda nampakkan kesalahan ayat yang saya beri pada awal entri ini. Di harap
agar anda dapat menggunakan ayat perintah ini dengan betul.
No comments:
Post a Comment