Friday, 12 October 2012

Stilistik?


Assalamualaikum para pembaca blog ini...
            Anda tahu tak apa itu stilistik? Alah, gaya bahasa la... Ha. Dah ingat kan? Sebenarnya, baru-baru ini, saya sempat membaca sebuah novel yang agak menarik. Sebab apa saya katakan novel tersebut agak menarik? Sebab banyak unsur stilistik yang digunakan oleh penulis yang mampu menarik minat pembaca untuk mengetahui kesudahan ceritanya. Jadi, kali ini saya mahu berkongsi dengan anda mengenai teori stilistik, tetapi hanya secara umum.
            Terdapat 2 strategi dalam teori stilistik iaitu aspek skema dan majaz. Dalam kedua-dua strategi ini pula, terdapat 4 pecahan bagi strategi skema dan 5 pecahan bagi strategi majaz. Untuk memudahkan anda memahaminya, saya bahagikan strategi ini menggunakan jadual.
SKEMA
MAJAZ
Skema Seimbang (Perubahan bentuk atau susunan sesuatu perkataan secara seimbang yang menghasilkan kesan makna yang berbeza).
·         Paralelisme, antitesis dan isokolon.
Majaz Pertautan (Hubungan pertautan makna, sama ada yang bersifat simbolik, perumpamaan atau tamsilan).
·         Periprasis, sinekdot, alusi, eufemisme, disfemisme, pleonasme, dan metonimi.
Skema Perulangan (Perulangan kata atau frasa yang menghasilkan kesan nada atau bunyi yang puitis, berirama atau pelbagai).
·        Anafora, epistrop, anadiplosis, poliptoton, epanalepsis, klimaks, antimetabole, asonansi, kiasmus dan aliterasi.
Majaz Perbandingan (Penggunaan unsure bahasa yang bersifat membandingkan dua hal yang pada hakikatnya berlainan atau yang sengaja dianggap sama).
·         Metafora, simile, dan personifikasi.
Skema Pengguguran (Memberi kesan keunikan dan kepelbagaian gaya bahasa).
·         Elipsis, asindeton, dan polisindeton.
Majaz Pertentangan (Penggunaan kata atau frasa yang saling bertentangan dari segi makna, sama ada secara simbolik, tersurat atau tersirat dalam struktur ayat yang sama atau yang berhubungan).
·        Hiperbola, ironi, oksimoron, dan litoses.
Skema Ragaman (Manipulasi perkataan atau frasa yang tidak dapat dihimpunkan dalam salah satu kumpulan skema disebabkan kepelbagaian bentuk dan penyusunan ayat yang mencetuskan kesan yang berbeza).
·        Umum-khusus, khusus-umum, enumerasi, abstrak-konkrit, dan konkrit-abstrak.
Majaz Ragaman (Penggunaan strategi retorik yang tidak digolongkan dalam kategori majaz yang sudah dibincangkan kerana kepelbagaian bentuk dan struktur kemajaziannya).
·        Simetri, onomatopia, antimeria, ekslamasi, paronomasia, silepsis, dan antanaklasis.
-
Majaz Melayu (Cara orang Melayu memanipulasi bahasa secara kiasan melalui bahasa lisan atau tulisan untuk menyampaikan sesuatu idea, fikiran atau perasaan mereka).
·        Pantun, pepatah, bidalan, tamsilan, peribahasa, dan simpulan bahasa.
 
            Baiklah, rasanya sampai di sini dahulu untuk entri blog kali ini. Jumpa lagi... Wassalam.

No comments:

Post a Comment