Assalamualaikum...
Apa
khabar semua? Alhamdulillah. Saya sihat Cuma badan penat sikit la.
Lenguh-lenguh badan ni. Mana tak lenguh. Pagi tadi ada ujian pukulan servis panjang dan servis pendek dalam
kelas badminton. Petang pula ronda-ronda Tanjung Malim. Sekarang ni baru terasa
kesannya. Bercakap mengenai kelas badminton, selepas ujian saya ada terdengar
perbualan rakan sekelas saya.
A: Aku dah buat yang paling baik la tu, tapi tak lepas juga.
B: Ala,, kan dia tengok
pukulan 5 terbaik.
Cuba anda perhatikan perkataan yang saya tebalkan di
atas. Apa yang anda rasa mengenai tajuk entri saya kali ini? Betul. Kata
penguat.
Apa
itu kata penguat? Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti
frasa atau kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam
kata atau frasa adjektif.
Terbahagi kepada 3 iaitu kata penguat hadapan, belakang
dan bebas.
KATA PENGUAT HADAPAN
Terletak di hadapan frasa atau kata adjektif. Contohnya,
terlalu, paling, agak, cukup, makin, dan kurang. Contoh ayat:
1.
Harga emas makin mahal.
2.
Julia merupakan pelajar yang paling
pandai.
3.
Air sungai itu agak deras.
KATA PENGUAT BELAKANG
Terletak di belakang frasa atau kata adjektif. Contohnya,
sekali, benar, betul, dan nian. Contoh ayat:
1.
Laju benar Ahmad menunggang motosikal.
2.
Kelakuannya baik sekali.
3.
Indah nian permandangan di puncak bukit
ini.
KATA PENGUAT BEBAS.
Terletak di hadapan atau di belakang kata adjektif.
Contohnya, amat, sangat dan sungguh. Contoh ayat:
1.
Padang itu sangat luas.
2.
Padang itu luas sangat.
Baiklah,
semua dah fahamkan? Jadi, saya hendak mengakhiri tulisan pada kali ini dengan
pesanan agar anda semua dapat menggunakannya dengan betul dalam kehidupan
seharian. Sekian, wassalam.
No comments:
Post a Comment