Assalamualaikum...
Anda
semua sihat? Semoga anda melalui hari-hari yang ceria. Jangan lupa senyum ye.
Bukan ke senyum itu sedekah? Jadi, banyak-banyaklah kita bersedekah. Tentu
ceria hidup. Walau bagaimanapun penat setelah lama bekerja, senyumlah kerana senyuman
anda bukan sahaja dapat menenangkan diri sendiri, malah orang di sekeliling
kita juga. Tak luak pun jika kita selalu tersenyum. Lagi orang suka adalah.
Sebenarnya,
saya baru terkena dengan seorang wanita ni. Bukan sekali, tetapi dua kali.
Semasa saya dan rakan-rakan hendak mengambil sijil dekan di fakulti, kakitangan
yang menjaga sijil kami tiada di bilik tersebut. Yang ada hanyalah rakan
sejawatannya. Dengan muka yang tiada segaris senyuman, dia hanya mengatakan
bahawa rakannya keluar. Kali kedua, dengan muka yang sama juga, dia menyuruh
kami menunggu di luar sebentar kerana katanya rakannya itu hanya keluar
sebentar. Agak lama menunggu, kamu pun pulang kerana selepas itu kami ada
kuliah lain. Masa tu, rasa terbakar juga la hati ni. Dah la cuaca agak panas
waktu itu. Ditambah pula dengan cara kakitangan tersebut. Mungkin dia penat
kot. Tetapi, tidak bolehkah dia mengukir sedikit senyuman pada wajah cantiknya
itu? Bukan ke banyak iklan nilai-nilai murni disiarkan di kaca televisyen?
Kenapa tidak dipraktikkan. Rakyat Malaysia kan penuh dengan nilai-nilai murni.
Erm, takpe la. Semoga dia akan berubah. Insyaallah.
Jadi
rakan-rakan sekalian, senyumlah selalu ye. Baru berseri-seri wajah tu. Apa
orang kata? Awet muda gitu. Hehe... Baiklah, kita jumpa lagi ye. Ingat! Senyum
selalu. Wassalam.
No comments:
Post a Comment