Assalamualaikum...
Kita bersua lagi dalam entri terbaru saya iaitu bahasa SMS. Mesti anda semua
tahu mengenai bahasa SMS atau bahasa singkatan ini. Bahasa SMS atau Short Messaging Service ini sudah
menjadi fenomena dalam masyarakat di seluruh dunia yang menggunakan telefon
bimbit atau laman sesawang seperti ‘facebook’,
‘myspace’ dan ‘twitter’. Bukalah mana-mana
laman sesawang tersebut, pastinya akan terdapat ayat-ayat bahasa SMS ini.
Penggunaan ringkasan tulisan dilihat
tiada salahnya, namun kita perlulah tahu membataskan tulisan yang hendak
diringkaskan. Terdapat tulisan perkataan-perkataan ringkas yang telah
dipersetujui antaranya:
Yang – yg
Kampung – kg.
Sungai – sg.
Kepada – kpd
Lawan – lwn
Sebagai – sbg
Dalam – dlm
Banyak
lagi perkataan-perkataan ringkas yang telah dipersetujui. Oleh itu, janganlah
kita menggunakan perkataan-perkataan yang sukar difahami semasa menulis
seperti:
Kita – itew, kitew
Saya – syew
Sayang – cayang
Rasa – asew
Suka - sukew
Contoh
perkataan di atas dilihat semakin banyak digunakan oleh remaja terutamanya
remaja perempuan. Kadang-kadang, saya rasa geli untuk membaca ayat-ayat yang
ditulis dengan menggunakan perkataan tersebut. Mungkin bagi mereka
tulisan-tulisan seperti itu kelihatan manja namun saya berasakan bahawa penulis
ayat-ayat tersebut ialah seorang yang manja, gedik dan mengada-ngada walaupun
hakikatnya mereka tidaklah begitu. Maaf jika ada yang terasa hati.
Penggunaan
bahasa SMS yang terlalu kerap juga menyebabkan ada kalangan pelajar yang
menggunakan tulisan tersebut dalam karangan mereka. Mereka tidak sedar bahawa
mereka telah menulis bahasa SMS ini dalam karangan. Perkara tersebut amat
membimbangkan guru-guru terutama guru yang mengajar karangan kerana penggunaan
tulisan ringkas dalam karangan adalah salah. Pelajar akan kehilangan markah dan
sekali gus menyebabkan markah keseluruhan bagi subjek tersebut menjadi sedikit.
Sekali
lagi saya ingin memohon maaf jika ada yang terasa dengan entri ini. Ini adalah
pandangan peribadi saya sahaja. Akhir kata, saya berharap agar kita dapat
menggunakan tulisan ringkasan dengan sebaiknya supaya informasi yang ingin
disampaikan akan berjaya diperoleh oleh pembaca.
Sekian,
wassalam...
No comments:
Post a Comment