Assalamualaikum
semua...
Ingat
tak lagi iklan yang menggunakan ayat “ go straight, don’t belok-belok”. Mesti
ada yang ingat kan? Bagi yang tak ingat, saya akan ceritakan serba sedikit
tentang iklan tersebut. Iklan tersebut mengisahkan seorang pelancong yang sesat
bertanyakan jalan ke Tugu Negara kepada sekumpulan pelajar sekolah yang ke
semuanya tidak pandai berbahasa Inggeris. Mujurlah ada sorang pelajar yang
faham dan lalu menunjukkan arah jalan pada pelancong tersebut.
Di
sini saya sertakan dialog iklan tersebut.
Di
suatu tengah hari dalam sebuah bas...
Pelancong: Hi, could
you please tell me how to go to National Monumen?
Pelajar nakal 1: Wei
National Monumen tu benda apa?Pelajar nakal 2: Dia nak gi umah Mak Cik Maimun kot.
Pelajar nakal 1: Hish takkan lah dia datang jauh-jauh nak cari rumah Mak Cik Maimun. Ok you go straight.. Don't belok-belok. Don't belok-belok! Straighttt jer... Ok?
Pelancong: (Bingung)
Pelajar contoh: Miss, I can help you, if you wanna go to National Monumen, you go straight and you'll find a sign board. Then follow the sign board.
Pelancong: Thank you very much.
Pelajar contoh: Tu lah, orang suruh belajar tak nak belajar. National Monument tu Tugu Negara la.. Nah baca NST selalu. Senang dapat kerja.
Dulu saya suka sangat
iklan tersebut sebab saya rasa kelakar. Namun kini, apabila dilihat kembali,
baru saya nampak perkara yang mengundang kemarahan orang yang memperjuangkan
bahasa Melayu. Walaupun iklan tersebut bertujuan untuk menggalakkan pembacaan
akhbar bahasa Inggeris, tetapi perkataan yang bercampur antara bahasa Melayu
dan bahasa Inggeris dalam iklan tersebut dilihat sebagai suatu perkara yang
dibuat seakan-akan untuk menjatuhkan martabat bahasa Melayu.
Dalam kehidupan seharian kini juga, kita
tidak sedar bahawa kita banyak menggunakan percampuran bahasa antara bahasa
Melayu dan bahasa asing dalam pertuturan kita contohnya oven, market, download,
paper dan lain-lain. Seharusnya, penggunaan bahasa asing tersebut perlulah
dikawal. Tidak dinafikan bahawa saya juga banyak menggunakan bahasa rojak ini
dalam kehidupan seharian, namun saya sedang cuba untuk meminimumkan penggunaan
bahasa tersebut agar martabat bahasa ibunda saya menjadi semakin tinggi.
Marilah kita bersama-sama mengurangkan
penggunaan bahasa asing dalam pertuturan yang menggunakan bahasa Melayu. Sekian.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment