Assalamualaikum
semua...
Semasa
di dalam kelas, pensyarah saya telah membincangkan perkara yang berkaitan
dengan kata sapaan. Saya baru tersedar akan perkara tersebut. Baiklah, saya
akan berikan dua contoh.
- “Kak, nasi lemak bungkus satu”.
- “Bang, beli buah bang. Sekilo 3 ringgit”.
Kita
sering mendengar atau mengungkap ayat-ayat tersebutterutamanya di pasar malam.
Perkara tersebut adalah salah. Sepatutnya, kata sapaan yang sesuai ialah:
- “Cik, nasi lemak bungkus satu”.
- “Encik, beli buah encik. Sekilo 3 ringgit”.
Walaupun
kelihatah remeh, namun perkara tersebut boleh menjejaskan penggunaan bahasa
Melayu yang betul. Saya juga sering menggunakan kata sapaan yang salah itu
kerana saya beranggapan apabila kita menggunakan perkataan seperti kak, adik, dan bang, kita akan berasa lebih dekat dengan mereka. Begitu juga
dengan penjual-penjual tersebut. Mereka mahu pelanggan rasa seperti hubungan
mereka dekat. Dengan itu, para pelanggan akan datang membeli sesuatu di gerai
mereka. Itu merupakan salah satu strategi yang digunakan oleh peniaga. Namun,
setelah mengetahui bahawa penggunaan kata sapaan tersebut salah, saya cuba
untuk menggunakan kata sapaan yang betul walaupun kedengaran agak janggal.
Oleh
itu, saya berharap agar penggunaan kata sapaan yang betul ini akan digunakan bagi
menggantikan penggunaan kata sapaan yang salah dalam pertuturan kita seharian.
Sekian. Wassalam...
No comments:
Post a Comment