Sunday, 30 September 2012

Unsur Lewah


Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Semasa menunggu bas untuk ke pekan Tanjung Malim, saya ada membaca satu kertas iklan yang di tampal di papan kenyataan di tempat menunggu bas. Ayat yang digunakan ialah “Kita saling tolong menolong dan bantu membantu”. Selepas membaca ayat tersebut, apakah yang bermain di fikiran anda? Perkara pertama yang terlintas di dalam fikiran saya ialah, “Oh, ayat ini salah”. Kenapa saya berfikir begitu?

            Jika diperhatikan, di dalam ayat tersebut, telah terdapat unsur lewah atau unsur yang sama yang diulang secara berturut-turut. Sepatutnya, apabila terdapat perkataan ‘saling’, perkataan ‘tolong menolong’ itu tidak perlu digandakan. Hal ini adalah kerana perkataan ‘saling’ sudah membawa maksud jamak. Jadi, ayat yang sesuai ialah “Kita saling menolong” atau “Kita tolong menolong”.

Pada pandangan saya, walaupun perkara sebegini dianggap remeh oleh sesetengah pihak, namun perkara ini sebenarnya satu kesalahan yang besar dalam bahasa. Orang ramai yang membaca iklan tersebut akan beranggapan bahawa ayat yang digunakan adalah betul lebih-lebih lagi iklan tersebut dihasilkan oleh pelajar universiti. Oleh itu, sekiranya penggunaan unsur lewah ini terus digunakan dengan berleluasa tanpa ada yang membetulkannya, masyarakat hari ini dan akan datang akan terus menggunakan bahasa yang salah ini di dalam pertuturan atau denggunaan mereka seharian.

Semoga bertemu lagi... Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment